GengTerengganu.com - Gabungan Generasi Melayu Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Contoh Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Emel Cetak PDF

PERINGATAN MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA 2009 - 2011

GABUNGAN GENERASI MELAYU TERENGGANU (GENG TERENGGANU)

Tarikh: 22 Mei 2009 (Jumaat)

Masa:  5.00 Petang

Tempat:Bilik Perhentian Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu.

KEHADIRAN:

01)En. Husin bin Mohd Noor - Presiden

02)En. Harun bin Ghani - Timbalan Presiden

03)Tn. Hj. Muhammad Rozali bin Sulong - Naib Presiden I

04)Cik Salasiah binti Salleh - Naib Presiden II

05) Cik Rosmawati binti Mohammad - Ketua Penggerak

06)En. Alias bin Abdul Aziz - Ahli Jawatankuasa

07)En. Khairul Azlan bin Mohd @ Mamat - Ahli Jawatankuasa      

08)En. Mohd Suhaimi bin Hj. Alias - Ahli Jawatankuasa

09)En. Azilan bin Arifin - Ahli Jawatankuasa

10)En. Azahari bin Ismail - Ahli Jawatankuasa

11)En. Rosaidi bin Mohamed - Ahli Jawatankuasa

TURUT HADIR

01)Tn. Haji Ibrahim bin Jalil - Penasihat Geng Terengganu

02)En. M Rezal bin Abu Bakar

03)En. Salahuddin bin Abu Bakar

04)Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam

05)En. Md. Zahri bin Ismail

06)En. Raziei bin Md. Rahim

TIDAK HADIR DENGAN MAAF:

01)En. Zaimin bin Endut - Ahli Jawatankuasa 

AGENDA 1  :  ALUAN PENGERUSI

1.1.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Husin bin Mohd Noor, Presiden memulakan salam dan mengajak semua yang hadir membaca Al-Fatihah untuk memberkati mesyuarat pada petang ini.

1.2.Beliau seterusnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah bekerja keras menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan Kelapan pada petang ini.

1.3.Tahinah dan syabas kepada semua yang telah berjaya dan dipohon memberi komitmen untuk meningkatkan prestasi Geng Terengganu.

AGENDA 2  :  PERLANTIKAN SETIAUSAHA, PEN. SETIAUSAHA & BENDAHARI

Pengerusi memohon persetujuan semua untuk membuat perlantikan ketiga-tiga jawatan penting dan telah dipersetujui oleh semua yang hadir.

2.1.Setiausaha Kehormat - En. M Rezal bin Abu Bakar

2.2.Pen. Setiausaha Kehormat - En. Salahuddin bin Abu Bakar

2.3.Bendahari Kehormat - Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam

AGENDA 3  :   AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN

Majlis telah mendapat persetujuan semua yang hadir untuk melantik 3 ahli jawatankuasa tambahan seperti berikut:

3.1.En. Mohd Zahri bin Ismail

3.2.En. Raziei bin Md. Rahim

3.3.En. Ibrahim bin Mohd Taib

AGENDA 4  :  PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN

4.1.En. Husin bin Mohd Noor - Pengerusi

4.2.En. M Rezal bin Abu Bakar - Setiausaha

4.3.En. Salahuddin bin Abu Bakar - Ahli 

4.4.Cik Salasiah binti Salleh - Ahli 

4.5.Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam - Ahli 

4.6.En. Khairul Azlan bin Mohd - Ahli

4.7.En. Mohd Zahri bin Ismail - Ahli

AGENDA 5  :  PERLANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN

Majlis bersetuju dengan cadangan Pengerusi untuk melantik En. Harun bin Ghani, Timbalan Presiden sebagai Pengerusi Lembaga Disipilin.                         

AGENDA 6  :  PERLANTIKAN PENGERUSI-PENGERUSI BIRO

6.1.Ekonomi, Kepimpinan & Pelancongan - Tn. Hj. Mohammad Rozali bin Sulong

6.2.Agama, Kebajikan & Masyarakat - En. Alias bin Abdul Aziz

6.3.Sukan, Rekreasi & Anti Dadah - En. Rosaidi bin Mohamed

6.4.Kebudayaan, Kesenian & Teater  - En. Ibrahim bin Mohd Taib

6.5.Pendidikan, Keahlian & Kerjaya - En. Mohd Suhaimi bin Hj.Alias

6.6.HEW, Rakan Muda & Sukarelawan - Cik Rosmawati binti Mohammad

AGENDA 7  :  PERLANTIKAN PENASIHAT

Majlis bersetuju sebulat suara untuk melantik Y.Bhg. Tuan Haji Ibrahim bin Jalil sebagai Penasihat Geng Terengganu.  Surat rasmi pelantikan akan dihantar.

Tindakan: Setiausaha Kehormat

AGENDA 8  :  PERANCANGAN PROGRAM JUN – OGOS 2009

Pengerusi memaklumkan akan melaksanakan beberapa program untuk bulan Jun hingga Ogos 2009 dengan peruntukkan yang telah diperolehi antaranya:

8.1.Sukaneka Rakan Muda Bestari

8.2.Kejohanan Futsal Rakan Muda

8.3.Eksplorasi Rimba Tasik Kenyir

8.4.Program Patriotisme Rakan Muda

8.4.Pertandingan Boling Rakan Muda

AGENDA 9  :  HAL-HAL LAIN

9.1.      En. Husin bin Mohd Noor (Presiden)

9.1.1.   Memberi kebenaran kepada semua jawatankuasa mencari dana untuk mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun.

9.1.2.      Bayaran elaun kehadiran mesyuarat sebanyak RM50.00 mengikut kedudukan kewangan.

Majlis telah bersetuju dengan cadangan Pengerusi didalam perkara 9.1.1, dan 9.1.2.

Tindakan: Presiden/Setiausaha Kehormat/Bendahari Kehormat

 9.1.3.  Pengerusi memaklumkan segala keputusan kecil (pengurusan pentadbiran, kewangan dan perancangan program akan diputuskan didalam Jawatankuasa Pengurusan). Segala keputusan yang diambil akan dibentangkan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Negeri.

Makluman

9.1.4.   Perlantikan Jawatankuasa Lembaga Disiplin dan Jawatankuasa Biro telah diputuskan penyeragaman iaitu 1 (Setiausaha) dan 5-8 (Ahli Jawatankuasa) perlu dihantar ke Setiausaha Kehormat secepat mungkin.

Tindakan: Semua Pengerusi Lembaga Disiplin / Biro

9.2.      En. Harun bin Ghani (Timbalan Presiden)

9.2.1.   Memohon semua ahli jawatankuasa menjaga disiplin dan hendaklah menepati masa didalam setiap pengurusan terutama kehadiran mesyuarat.

Tindakan: Semua Jawatankuasa

9.3.Tuan Haji Muhammad Rozali bin Sulong (Naib Presiden 1)

9.3.1.  Mencadangkan satu perjumpaan bersama ahli keluarga Geng Terengganu diadakan bagi menjalinkan semangat kekeluargaan supaya pengerakan organisasi ini akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

           Majlis bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyerahkan kepada Presiden / Setiausaha Kehormat mencari masa yang bersesuaian, tempat yang menarik serta pengisian aktiviti.

            Tindakan: Presiden / Setiausaha Kehormat / Bendahari

9.4.      Cik Salasiah binti Salleh (Naib Presiden 2)

9.4.1.   Mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah diberi kepercayaan oleh Perwakilan untuk pemilihan kali ini,  Beliau akan memberi sokongan padu kepada semua untuk memastikan Geng Terengganu terus cemerlang.

9.5.            En. M Rezal bin Abu Bakar (Setiausaha Kehormat)

9.5.1.      Mengucapkan terima kasih kepada Presiden dan Ahli Jawatankuasa yang memberi kepercayaan melantik beliau sebagai Setiausaha Kehormat.  Beliau menjanji akan memberi komitmen terbaik didalam memastikan pergerakan Geng Terengganu terus aktif dan maju.

9.5.2.      Dipohon kerjasama dan sokongan semua supaya pengurusan pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar.

Tindakan: Semua jawatankuasa / Pengerusi & Setiausaha Kawasan

9.6.            En. Azahari bin Ismail (Ahli Jawatankuasa)

Beliau mencadangkan diadakan satu aktiviti berbentuk kecergasan untuk menghimpun seberapa ramai ahli dan masyarakat untuk sama-sama menyertai aktiviti nanti.

            Majlis telah bersetuju dan mengambil keputusan untuk mengadakan Program Ceria Senamrobik dengan memohon peruntukkan kewangan daripada Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu.

Tindakan: Presiden / Setiausaha Kehormat / Bendahari

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan semua yang hadir dan berharap semua dapat meningkatkan kualiti kepimpinan diri sendiri sebagai role model kepada ahli mahupun organisasi lain diperingkat negeri, kawasan dan cawangan.

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 6.30 petang pada 22 Mei 2009.

Disediakan Oleh:

 

(M REZAL BIN ABU BAKAR)

Setiausaha Kehormat

 

Disahkan Oleh:

 

 

(HUSIN BIN MOHD NOOR)

Presiden

salinan kepada:

Y.Bhg.Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu

Y.Bhg.Tuan Setiausaha Majlis Belia Negeri Terengganu

 

 

 

 

Hiperangkai

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Berita Online

Banner
Banner
Banner
Banner

Kalendar

previous month June 2013 next month
S M T W T F S
week 22 1
week 23 2 3 4 5 6 7 8
week 24 9 10 11 12 13 14 15
week 25 16 17 18 19 20 21 22
week 26 23 24 25 26 27 28 29
week 27 30

Aktiviti Terkini

No events