GengTerengganu.com - Gabungan Generasi Melayu Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kertas Kerja: Sukaneka Rakan Muda Bestari

Emel Cetak PDF
PENDAHULUAN:

Program yang dirancang ini merupakan satu strategi iaitu menyediakan aktiviti kesukanan yang diminati sebagai tarikan didalam suasana mesra dan ceria.

Menyediakan aktiviti yang sihat dan berfaedah dalam mengisi masa lapang dan dengan ini Insya Allah akan dapat mengurangkan gejala keruntuhan akhlak dan seterusnya dapat membendung remaja/belia yang baru mencuba tatacara hidup negatif daripada terus membiak.

OBJEKTIF:

Mengisi masa lapang remaja/belia dengan aktiviti yang berfaedah mengikut kehendak dan citarasa mereka serta mempupuk silaturrahim rakan sebaya.

Mencetus kesedaran, memikat imaginasi dan melahirkan generasi muda kearah penghidupan yang berkualiti untuk diri sendiri dan masyarakat.

Melahirkan generasi muda yang sihat fizikal/mental dan mempunyai semangat kesetiakawanan yang jitu.

TARIKH:

29 Disember, 2007 (Sabtu)

TEMPAT:

Padang Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu

PENYERTAAN:

500 orang terdiri daripada semua belia / remaja.

PENGISIAN:

Majlis Perasmian

Sukaneka Rakan Muda Bestari

PENGANJURAN:

Gabungan Generasi Muda Terengganu

Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu

ATURCARA PROGRAM:

Jam 8.30 pagi

Pendaftaran Sukaneka

Jam 9.00 pagi

Majlis Perasmian Sukaneka Rakan Muda Bestari

Jam 12.30 tengahari

Rehat / Solat / Makan Tengahari

Jam 2.30 petang

Sambungan Sukaneka Rakan Muda Bestari

Jam 6.00 petang

Penyampaian Hadiah

ANGGARAN PERBELANJAAN:

Majlis Perasmian @ Minum Pagi RM2.00 x 500 orang  -  RM1,000.00

Sukaneka @ Hadiah   -  RM2,000.00

Peralatan -  RM500.00

Saguhati Petugas @ RM30 x 20 orang  -  RM600.00

Sewa Kanopi @ RM200 x 2 buah  -  RM200.00

Sewa Meja @ RM10 x 20 buah  -  RM200.00

Sewa Kerusi @ RM0.50 x 400 buah  - RM200.00

Kain Rentang @ RM100 x 3 helai  -  RM300.00

Backdrop @ RM200 x 1 helai  -  RM200.00

Minuman Padang / Runcit  -  RM200.00

Jumlah Besar  -  RM5,700.00

SUMBER KEWANGAN:

Adalah dicadangkan mendapat bantuan kewangan daripada Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu.

PENUTUP

Semoga usaha-usaha murni ini untuk mengisi masa lapang generasi muda ini dengan aktiviti berfaedah mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti dan sentiasa taat setia kepada negara akan tercapai sekiranya sumbangan pelbagai jabatan/agensi kerajaan, swasta dan ngo dapat disatukan untuk memantapkan serta menyediakan mereka dengan program-program mesra berbentuk kemasyarakatan yang boleh memikat hati mereka.

Sekian.

 

Presiden

Gabungan Generasi Muda Terengganu


Hadiah (Individu)

Johan  -  RM50.00 /  Naib Johan  -  RM30.00  /  Ketiga  -  RM20.00

Hadiah (Kumpulan)

Johan  - RM100.00  /  RM 70.00

Acara:

Raut Lidi

Timang Bola

Motosikal Lambat

Basikal Lambat

Isi Air Dalam Botol

Pra Golf

Rebut Kerusi

Gelek Rim

Lari Dalam Guni

Lari Atas Bata

Lari Kepit Belon

Lari Kaki Gajah

Lari Kaki Tiga

Lari Kaki Hantu

Larian Mesra

Keretapi Ekspress 

Kukur Kelapa

Shooter Bola Jaring

Tendangan Gol

Bowling Kelapa

Jejak Kasih

Terompoh Gergasi

Tiup Belon

Baling Telor

 

Hiperangkai

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Berita Online

Banner
Banner
Banner
Banner

Kalendar

previous month June 2013 next month
S M T W T F S
week 22 1
week 23 2 3 4 5 6 7 8
week 24 9 10 11 12 13 14 15
week 25 16 17 18 19 20 21 22
week 26 23 24 25 26 27 28 29
week 27 30

Aktiviti Terkini

No events