GengTerengganu.com - Gabungan Generasi Melayu Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kertas Kerja: Treasure Hunt Bermotor Rakan Muda

Emel Cetak PDF

PENDAHULUAN:

Program Treasure Hunt Bermotor Rakan Muda yang dirancang ini merupakan aktiviti yang akan menjadi tarikan rakan muda  terutama yang bermasalah. Akhir-akhir ini kita sering mendengar perlakuan negatif yang dilakukan oleh golongan muda seperti Samseng Jalanan, Penagihan Dadah, Pecah Rumah, Vandalisme, Gangsterisme dan lain-lain lagi.  Perlakuan sebegini sedikit sebanyak menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan negara.

Oleh yang demikian, pertubuhan ini mengambil inisiatif untuk melaksanakan program dengan penekanan kepada keagamaan, pemanduan berhemah dan menguji kecergasan mental melalui pertandingan Treasure Hunt Bermotor Rakan Muda 2009. Program ini akan dilaksanakan secara bersepadu dengan Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu dan Polis Di Raja Malaysia.

TUJUAN:

Memenuhi citarasa mereka dengan pengisian aktiviti pengembaraan motosikal secara berkonvoi dan menguji minda mereka dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan keselamatan dan pemanduan berhemah.

Menarik seberapa ramai belia bermasalah untuk menyertai program ini supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada perlakuan negatif terutama perlumbaan haram.

Membina disiplin dan pembangunan diri dalam usaha untuk mendekatkan mereka kepada belia yang berilmu, beriman dan bertaqwa.

Memberi latihan dan kemahiran menunggang motosikal dengan berhemah dan berdisiplin semasa berada dijalan raya.

TARIKH

2 hingga 3 Mei 2009

TEMPAT:

Kuala Terengganu – Pasir Puteh, Kelantan

KUMPULAN SASAR:

Khusus kepada rakan muda – 100 orang

PENGANJURAN:

Gabungan Generasi Muda Terengganu

Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu

Polis Di Raja Malaysia Kontinjen Terengganu

TENTATIF PROGRAM:

Hari Pertama

08.30 pagi

Peserta berdaftar di Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu

Pemeriksaan Motosikal

Jam 9.30 pagi

Pelepasan Peserta Oleh Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu

Bertolak Ke Kampung Rhu 10, Setiu

Jam 1.00 tengahari

Makan Tengahari / Solat Jumaat

Jam 2.30 petang

Mencari Harta Karun Fasal 1 (Pantai Rhu 10)

Bertolak Ke Kuala Besut

Jam 7.00 malam

Persiapan Diri / Makan Malam

Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat Isyak

Jam 9.00 malam

Ceramah & Tayangan Video (PDRM)

Jam 11.00 malam

Minum Malam / Rehat / Bermalam di Taman Rehlah

 

Hari Kedua

Jam 5.30 pagi

Persiapan Diri / Solat Subuh

Muhasabah Diri

Sarapan Pagi

Jam 9.00 pagi

Mencari Harta Karun Fasal 2 (Kawasan penginapan)

Jam 12.30 tengahari           

Makan Tengahari / Solat Zohor / Rehat

Jam 2.00 petang

Bertolak ke Bukit Keluang, Besut   

Mencari Harta Karun Fasal 3 (Bukit Keluang)

Jam 3.30 petang

Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil

- Peserta Mengambil Tempat

- Ketibaan Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri

- Bacaan Doa

- Ucapan Ketua Peserta

- Ucapan Oleh Presiden Geng Terengganu

- Ucapan Dan Perasmian Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu

- Penyampaian Hadiah

- Penyampaian Sijil

- Penyampaian Cenderahati

- Sesi Bergambar

- Minum Petang / Solat Asar

Jam 4.45 petang

Bertolak ke Kuala Terengganu  

Tiba di Kuala Terengganu

Jam 6.45 petang

Tiba di Kuala Terengganu

Berselawat

Bersurai.

ANGGARAN PERBELANJAAN:

Majlis Perasmian @ Minum Pagi RM2.00 x 500 orang  -  RM1,000.00

Sukaneka @ Hadiah -  RM2,000.00

Peralatan -  RM500.00

Saguhati Petugas @ RM30 x 20 orang  -  RM600.00

Sewa Kanopi @ RM200 x 2 buah  -  RM200.00

Sewa Meja @ RM10 x 20 buah  -  RM200.00

Sewa Kerusi @ RM0.50 x 400 buah  - RM200.00

Kain Rentang @ RM100 x 3 helai  -  RM300.00

Backdrop @ RM200 x 1 helai  -  RM200.00

Minuman Padang / Runcit  -  RM205.00

Jumlah Besar  -  RM5,525.00

SUMBER KEWANGAN:

Adalah dicadangkan mendapat bantuan kewangan daripada Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu.

PENUTUP:

Dengan terlaksananya program ini peserta akan meningkatkan sahsiah diri, kefahaman dan kemahiran tentang pemanduan semasa berada dijalanraya. 

Program ini juga adalah sebagai benteng kepada rakan muda untuk tidak mengulangi lagi perlakuan negatif seperti perlumbaan haram dan sebagainya.

Merapatkan hubungan dan kerjasama antara peserta dengan pihak Polis supaya lebih mesra dan didalam usaha mengurangkan gejala tidak sihat dikalangan mereka.

Sekian.

 

Presiden

Gabungan Generasi Melayu Terengganu

 

Hiperangkai

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Berita Online

Banner
Banner
Banner
Banner

Kalendar

previous month May 2013 next month
S M T W T F S
week 18 1 2 3 4
week 19 5 6 7 8 9 10 11
week 20 12 13 14 15 16 17 18
week 21 19 20 21 22 23 24 25
week 22 26 27 28 29 30 31

Aktiviti Terkini

No events