GengTerengganu.com - Gabungan Generasi Melayu Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kertas Kerja: Eksplorasi Belia Pulau Tenggol

Emel Cetak PDF

PENDAHULUAN:

Gabungan Generasi Melayu Terengganu bercadang melaksanakan program di atas untuk memberi pendidikan tentang kehidupan flora dan fauna melalui aktiviti penjelajahan di seluruh pulau berkenaan.

Fokus aktiviti eksplorasi kali ini lebih tertumpu kepada pemuliharaan hidupan laut dan pulau Tenggol kerana pelancong luar dan dalam negara sering mengunjungi pulau berkenaan.   Amat perlu dilaksanakan aktiviti kebersihan untuk meningkatkan khazanah laut di samping menjaga imej negeri bersesuaian dengan slogan ‘Negeri Cantik Budaya Menarik’

OBJEKTIF:

Mendidik peserta cintai alam dengan sama-sama menjaga kebersihan dan pemulihaan alam sekitar.

Meningkatkan kemahiran tentang konservasi alam dan kehidupan fauna dan keindahan flora.

TARIKH:

16 hingga 18 April 2009

KUMPULAN SASAR:

Seramai 40 orang terdiri daripada Pemimpin Negeri, Kawasan dan Pemimpin Pelapis

ATURCARA PROGRAM:

Hari Pertama:

Jam 8.00 pagi

Berkumpul di Wisma Seri Amar, Kuala Terengganu

Jam 8.30 pagi

Bertolak ke Kuala Dungun

Jam 9.30 pagi         

Tiba di Kuala Dungun

Bertolak ke Pulau Tenggol

Jam 10.15 pagi

Tiba di Pulau Tenggol

Kraf Perkhemahan

Makan Tengahari / Solat Zohor / Rehat

Jam 2.00 petang

Aktiviti Eksplorasi (Seluruh Pulau)

Jam 5.00 petang

Aktiviti Rekreasi Air

Jam 7.00 malam

Persiapan Diri / Makan Malam

Solat Maghrib / Isyak

Jam 9.00 malam

Ceramah : Pemuliharaan Alam Sekitar

Hari Kedua:

Jam 5.30 pagi

Persiapan Diri / Solat Subuh

Sarapan Pagi

Jam 9.00 pagi

Aktiviti Konservasi Alam (Pembersihan Kawasan Pulau)

Jam 1.00 tengahari

Makan Tengahari / Solat / Rehat

Jam 2.00 petang

Pertandingan Memasak Berkumpulan

Jam 4.30 petang

Minum Petang / Solat Asar

Jam 5.00 petang

Aktiviti Rekreasi Air

Jam 7.00 malam

Makan Malam / Solat Maghrib / Isyak

Jam 9.00 malam

Imbas Kembali

Hari Ketiga:

Jam 5.30 pagi

Persiapan Diri / Solat Subuh

Sarapan Pagi

Jam 9.00 pagi

Aktiviti Konservasi Alam (Pembersihan Tapak Perkhemahan)

Jam 11.00 pagi

Majlis Penutup

Jam 1.00 tengahari

Makan Tengahari / Solat / Persiapan Balik

Jam 2.00 petang

Bertolak ke Jeti Kuala Dungun

Jam 3.30 petang

Tiba di Kuala Dungun

Bertolak ke Kuala Terengganu

5.00 petang

Tiba di Kuala Terengganu / bersurai 

ANGGARAN PERBELANJAAN:

Makan Minum Peserta @ RM 100.00 x 40 orang -  RM 4,000.00

Pengangkutan Peserta (Bas) @ RM 500.00 x 2 trip  -  RM 1,000.00

Pengangkutan Peserta (Bot) @ RM 2,000.00 x 2 buah - RM 4,000.00

Sewa Khemah & Peralatan @ RM 500.00 x 3 hari  -  RM 1,500.00

Jumlah Besar  -  RM 13,500.00

SUMBER KEWANGAN

Adalah dipohon peruntukkan kewangan daripada Y.Bhg. Tuan Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Terengganu.

PENUTUP:

Program ini akan memberi kesan yang mendalam kepada peserta kerana penjagaan alam secara berkumpulan ini akan menambah pengalaman dan kemahiran yang jelas tentang pemuliharaan pulau, kehidupan fauna dan keindahan flora serta dapat membantu meningkatkan keyakinan di dalam pendidikan konservasi alam.

Sekian.

 

Presiden

Gabungan Generasi Melayu Terengganu

 

 

Hiperangkai

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Berita Online

Banner
Banner
Banner
Banner

Kalendar

previous month June 2013 next month
S M T W T F S
week 22 1
week 23 2 3 4 5 6 7 8
week 24 9 10 11 12 13 14 15
week 25 16 17 18 19 20 21 22
week 26 23 24 25 26 27 28 29
week 27 30

Aktiviti Terkini

No events