PENDAHULUAN:
Pada akhir-akhir ini kita sering mendengar perlakuan negatif yang dilakukan oleh belia seperti Lumba Haram, Penagihan Dadah, Pecah Rumah, Vandalisme, Gangsterisme dan lain-lain lagi. Perlakuan sebegini sedikit sebanyak menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan negara.
Oleh yang demikian, Gabungan Generasi Melayu Terengganu merasakan perlunya diadakan satu program berbentuk kempen dengan penyertaan khusus untuk belia yang bermasalah. Untuk menarik minat dan perhatian mereka, Gabungan ini telah merangka program ini dengan melibatkan mereka untuk satu ekspedisi amal.
Program ini akan dilaksanakan secara bersepadu dengan Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu dan Polis Di Raja Malaysia Kontinjen Terengganu (Cawangan Trafik).
TUJUAN:
Mengadakan kempen cegah jenayah dengan menemui pelajar sekolah dan masyarakat kampung.
Menarik seberapa ramai belia bermasalah untuk menyertai aktiviti amal secara berkala supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada perlakuan negatif.
Membina disiplin dan pembangunan diri dalam usaha untuk mendekatkan mereka kepada belia yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin dan lebih bersedia menghadapi zaman globalisasi.
Memberi peluang dengan memberi galakkan dan peluang berinteraksi dengan masyarakat yang akan ditemui dan seterusnya memupuk semangat kerakanan dan kesetiakawanan yang jitu.
TARIKH
12 hingga 15 April 2009
TEMPAT:
Kuala Terengganu - Besut
KUMPULAN SASAR:
Khusus kepada belia yang bermasalah – 100 orang
TENTATIF PROGRAM:
Hari Pertama:
Jam 5.00 petang
Peserta berdaftar di Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu
Pemeriksaan Motorsikal oleh Polis Cawangan Trafik
Jam 7.00 malam
Persiapan Diri / Makan Malam
Solat Maghrib Berjemaah / Tazkirah / Solat Isyak
Jam 9.00 malam
Ceramah – Pemanduan Berhemah (PDRM Terengganu)
Jam 11.00 malam
Minum Malam / Rehat (Menginap di Kompleks Belia & Sukan, Kuala Terengganu)
Hari Kedua:
Jam 5.30 pagi
Persiapan Diri / Solat Subuh
Sarapan Pagi
Jam 9.00 pagi
Majlis Perasmian Kembara Kempen Cegah Jenayah
- Ketibaan Dif-Dif Jemputan
- Ketibaan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu
- Bacaan Doa
- Ucapan Oleh Pengerusi Penganjur
- Ucaputama Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu
- Penyerahan Bendera Kempen Cegah Jenayah
Jam 10.00 pagi
Pelepasan Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan
Bertolak dari Kuala Terengganu ke Besut
Kempen Cegah Jenayah di Sekolah Menengah Saujana Daerah Setiu
Jam 1.00 tengahari
Makan Tengahari / Solat Zohor Berjemaah
Jam 3.00 petang
Dijangka tiba di Kem Seri Keluang, Besut
Lawatan Muhibbah ke Pusat Serenti Kg. Raja
Solat Asar Berjemaah/Taklim
Kempen Cegah Jenayah di Kuala Besut
Jam 7.00 malam
Persiapan Diri / Makan Malam
Solat Maghrib Berjemaah/Tazkirah / Solat Isyak
Jam 9.00 malam
Motivasi– Belia Cemerlang Negara Gemilang (JBS)
Jam 10.30 malam
Minum Malam / Rehat (Menginap di Kem Seri Keluang)
Hari Ketiga:
Jam 5.30 pagi
Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah
Renungan Subuh
Pemeriksaan Motorsikal
Sarapan Pagi
Jam 9.00 pagi
Ceramah & Tayangan Video (ADK)
Ceramah oleh Yayasan Pencegahan Jenayah
Jam 1.00 tengahari
Makan Tengahari / Solat Zuhur (Jamak)
Jam 3.00 petang
Bertolak ke Hulu Besut
Kempen Cegah Jenayah di Kampung La
Jam 5.00 petang
Kempen Cegah Jenayah di Felda Tenang
Bertolak ke Kem Seri Keluang
Jam 7.00 malam
Persiapan Diri / Makan Malam
Solat Maghrib Berjemaah / Tazkirah / Solat Isyak
Jam 9.00 malam
Ceramah – Keselamatan & Kestabilan Negara (MKN)
Jam 10.30 malam
Minum Malam / Rehat (Menginap di Kem Seri Keluang)
Hari Keempat:
Jam 5.30 pagi
Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah
Renungan Subuh
Pemeriksaan Motorsikal
Sarapan Pagi
Jam 9.00 pagi
Bertolak ke Setiu (Melalui Sungai Tong)
Kempen Cegah Jenayah di Sekolah Menengah & Kampung Sekitar
Jam 1.00 tengahari
Makan Tengahari / Solat (Jamak)
Jam 3.00 petang
Bertolak Ke Kuala Terengganu
Jam 4.00 petang
Dijangka tiba di Batu Burok, Kuala Terengganu
Jam 5.00 petang
Majlis Penutup Kembara Kempen Cegah Jenayah
- Ketibaan Dif-Dif Jemputan
- Ketibaan Y.Bhg. Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu
- Ketibaan YDH. Ketua Polis Negeri Terengganu
- Ucapan Oleh Wakil Peserta
- Ucapan Oleh Pengerusi Penganjur
- Ucapan & Perasmian Penutup Oleh YDH. Ketua Polis Negeri
- Penyampaian Hadiah
- Penyampaian Sijil
- Penyampaian Cenderahati
- Sesi bergambar
- Minum Petang
- Berselawat
Jam 6.00 petang
Bersurai.
09. ANGGARAN PERBELANJAAN:
9.1. Minyak Motorsikal @ RM30.00 x 100 buah - RM3,000.00
9.2. Makan Minum @ RM30.00 x 100 x 4 hari - RM12,000.00
9.3. Baju T (Lengan Panjang) @ RM20.00 x 100 orang - RM2,000.00
9.4. Striker/Bendera @ RM10.00 x 100 set - RM1,000.00
9.5. Cetakan Sijil @ RM3.00 x 100 keping - RM300.00
9.6. Penginapan Peserta @ RM30.00 x 100 orang x 3 hari - RM9,000.00
9.7. Kain Rentang @RM150.00 x 2 helai - RM300.00
9.8. Majlis Pelepasan / Penutup @RM500.00 x 2 majlis - RM1,000.00
9.9. Perbelanjaan Runcit - RM1,000.00
Jumlah Besar - RM 29,600.00
IMPLIKASI KOS:
Dicadangkan mendapat bantuan kewangan daripada YB. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri.
PENUTUP:
Dengan terlaksananya program ini peserta akan meningkatkan sahsiah diri, kefahaman, kemahiran, kecergasan mental dan ketahanan fizikal. Program ini adalah sebagai benteng kepada perlakuan negatif dan seterusnya melahirkan belia yang sihat, proaktif dan berinovatif. InsyaAllah
Sekian.
Presiden
Gabungan Generasi Melayu Terengganu



















