PENDAHULUAN
Setiap tahun apabila menjelang tarikh 10 Zulhijjah, maka umat Islam seluruh dunia akan menyambut Aidil Adha iaitu Hari Raya Qurban. Kalimah Aidil Adha adalah membawa maksud pengorbanan. Pada kesempatan ini, umat Islam mengambil peluang untuk melaksanakan Ibadat Qurban, iaitu satu ibadat yang amat dituntut (Sunat Muakkad) bagi individu muslim.
Kefahaman konsep pengorbanan yang diketengahkan oleh ajaran Islam adalah amat luas dan tidak terhad kepada sekadar mengorbankan seekor kambing atau lembu. Bahkan ia melibatkan seluruh bidang kehidupan umat Islam. Setiap muslim juga adalah dianjurkan untuk menanam di dalam jiwanya sanggup berkorban demi kepentingan syariat Islam yang mulia.
Oleh itu, Gabungan Generasi Melayu Terengganu mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Ibadat Korban khasnya untuk golongan belia Islam. Golongan muda adalah disarankan merebut peluang yang datang sekali setahun ini bagi mengorbankan sedikit demi untuk membersihkan hati dan jiwa sekaligus mengharapkan keredhaan Allah SWT.
OBJEKTIF:
Mewujudkan sifat tabah dan sabar di dalam jiwa generasi belia Islam dalam mematuhi perintah Allah SWT.
Melahirkan generasi belia Islam agar sentiasa bersedia untuk berkorban harta, tenaga dan jiwa dalam melaksanakan syariat Allah SWT.
Meningkatkan semangat kerjasama dalam bermasyarakat serta berkorban demi mengharapkan keredhaan Allah SWT.
TARIKH:
09 Disember, 2008 @ 11 Zulhijjah 1430H
TEMPAT:
Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu
PENGANJURAN:
Gabungan Generasi Melayu Terengganu
Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu
BENTUK PELAKSANAAN:
Gabungan Generasi Melayu Terengganu akan menyediakan dua (2) ekor lembu dan akan mendapat ahli-ahli yang berminat untuk melakukan ibadat korban sebanyak satu bahagian setiap seorang. Gabungan Generasi Melayu Terengganu akan memberi ’hibah’ sebanyak RM1,000.00 setiap seekor lembu dan bakinya hendaklah dibiayai oleh 7 peserta berkenaan. Peserta juga dipohon menyumbangkan daging korban kepada Penganjur untuk diagihkan kepada fakir miskin dan dijadikan lauk untuk hidangan makan tengahari beramai-ramai.
Contoh:
RM2,200.00 - harga seekor lembu
RM1,500.00 - adalah ’hibah’ daripada Gabungan
RM 700.00 - dibiayai oleh 7 peserta berkenaan
(’Hibah’ adalah membawa maksud adalah memberi hak milik kepada orang lain tanpa gantian atau tukaran. Kontrak ’hibah’ adalah sah apabila terdapat penawaran dan penerimaan. Ia adalah sempurna jika berlaku penerimaan)
ATURCARA PROGRAM:
Jam 8.00 pagi
Lafaz Niat Korban
Selawat Beramai-Ramai
Penyembelihan Lembu
Melapah Bahagian Lembu Secara Gotong Royong
Mengagihkan Sebahagian Daging Kepada Keluarga Miskin
Masakan Secara Gotong Royong
Jam 12.00 tengahari
Majlis Makan Tengahari/Bersurai
ANGGARAN PERBELANJAAN:
Pembelian Lembu @ RM2,200.00 x 5 ekor - RM11,000.00
Rempah / Beras / Peralatan - RM2,000.00
Sewa Kanopi/Meja/Kerusi - RM1,000.00
Pengurusan Program - RM1,000.00
Jumlah Besar - RM 15,000.00
SUMBER KEWANGAN:
Adalah dipohon bantuan kewangan daripada:
Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu - RM10,000.00
Bayaran Peserta (35 orang) - RM3,500.00
Gabungan Generasi Melayu Terengganu - RM1,500.00
PENUTUP:
Semoga usaha-usaha murni ini untuk menaikkan martabat generasi belia Islam untuk sama-sama melibatkan diri dalam ibadat qurban yang mengharapkan keredhaan Allah SWT mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada semua pihak.
Sekian.
Presiden
Gabungan Generasi Melayu Terengganu



















