GengTerengganu.com - Gabungan Generasi Melayu Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kertas Kerja: Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah

Emel Cetak PDF

PENDAHULUAN:

Gabungan Generasi Melayu Terengganu bercadang untuk menganjurkan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Peringkat Negeri Terengganu bagi merebut Piala Geng Terengganu yang julung kali diadakan.

Pertandingan ini akan melibatkan seluruh pasukan di negeri Terengganu termasuk wakil-wakil persatuan belia sebagai jemputan. 

TUJUAN:

Mengisi masa generasi muda dengan aktiviti yang boleh memberi manfaat dan berfaedah supaya terhindar daripada perlakuan negatif.

Menanam semangat kesukanan yang tinggi dan mengeratkan silaturrahim yang akrab dan berterusan di antara mereka.

Memberi peluang dan pendedahan kepada mereka tentang suasana pertandingan sebenar.

Menggalakan perjumpaan diantara persatuan belia di seluruh negeri.

TARIKH:

24 – 25 April 2009

TEMPAT:

Padang Bola Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu.

ATRUCARA PROGRAM

Hari Pertama:

Jam 8.00 pagi

Pendaftaran Peserta / Taklimat Kejohanan

Pengundian Pasukan

Jam 9.00 pagi

Pertandingan bermula (Peringkat Liga)

Jam 12.30 tengahari

Makan Tengahari / Solat / Rehat

Jam 2.30 petang

Pertandingan disambung (Peringkat Liga)

Jam 6.00 petang

Minum Petang / Solat

Hari Kedua:

Jam 8.30 pagi

Pertandingan disambung (Peringkat Liga)

Jam 12.30 tengahari

Makan Tengahari / Solat / Rehat

Jam 2.30 petang

Pertandingan disambung (Peringkat Suku Akhir)

Jam 4.00 petang

Peringkat Separuh Akhir

Jam 5.00 petang

Peringkat Akhir

Jam 5.30 petang

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

-  Peserta Mengambil Tempat

-  Ketibaan YB. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri

-  Ucaputama

-  Penyampaian Hadiah

-  Penyampaian Cenderahati

-  Minum Petang

-  Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

Hadiah (Wang Tunai / Medal / Piala) - RM 6,000.00

Persiapan Padang - RM 1,000.00

Bola @ RM200.00 x 2 biji - RM400.00

Minuman Padang @ RM200.00 x 2 hari - RM400.00

Saguhati Pengadil @ RM200 x 10 orang - RM2,000.00

Kain Rentang @ Kain Rentang RM100 x 2 helai - RM200.00

Saguhati Urusetia @ RM100 x 10 orang - RM1,000.00

Majlis Penyampaian Hadiah - RM500.00 

Perbelanjaan Runcit  - RM500.00 

Jumlah Besar  -  RM 12,000.00   

IMPLIKASI KOS:

Dicadangkan mendapat bantuan kewangan  daripada YB. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH:

Dicadangkan akan disempurnakan oleh  YB. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri.

PENUTUP:

Adalah diharapkan dengan adanya aktiviti ini akan dapat memberi kepuasan kepada mereka dan dapat meneruskan silaturrahim yang erat di antara ahli-ahli kawasan Geng Terengganu dan juga lain-lain pasukan.  Penyediaan aktiviti yang sihat ini juga merupakan satu penghargaan kepada generasi muda yang memerlukan perhatian dan ambil cakna yang berterusan.

Sekian.

 

Presiden

Gabungan Generasi Melayu Terengganu

 

Hiperangkai

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Berita Online

Banner
Banner
Banner
Banner

Kalendar

previous month May 2013 next month
S M T W T F S
week 18 1 2 3 4
week 19 5 6 7 8 9 10 11
week 20 12 13 14 15 16 17 18
week 21 19 20 21 22 23 24 25
week 22 26 27 28 29 30 31

Aktiviti Terkini

No events