GengTerengganu.com - Gabungan Generasi Melayu Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Fadhilat Syawal - Syawal Bulan Istimewa

Emel Cetak PDF
Memasuki Ramadhan, biasanya kita mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan! Tapi untuk bulan Syawal, tidak pernah kita mendengar orang mengucapkan Marhaban Ya Syawal! Padahal, Syawal juga bulan istimewa dan memiliki keutamaan. Inilah beberapa keistimewaan bulan Syawal.
Bulan Kembali ke Fitrah
Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Paling tidak, tanggal 1 Syawal umat Islam "kembali makan pagi" dan diharamkan berpuasa pada hari itu.
Ketibaan Syawal membawa kemenangan bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.
Bulan Takbir
Tanggal 1 Syawal, Aidilfitri, seluruh umat Islam akan bertakbir. Maka, bulan Syawal pun merupakan bulan dikumandangkannya takbir oleh seluruh umat Islam secara serentak, paling tidak satu malam, yakni begitu malam memasuki tanggal 1 Syawal menjelang sembahyang raya.
Gema takbir merupakan ungkapan rasa syukur atas hasil ibadah Ramadhan selama sebulan penuh. Kemenangan yang diraih itu tidak akan tercapai kecuali dengan pertolonganNya. Maka umat Islam pun memperbanyakkan zikir, takbir, tahmid, dan tasbih. ""Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah Ia memberi petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan" (Surah Al-Baqarah: Ayat 185).
Bulan Silaturrahim
Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bulan inilah umat Islam digalakkan mengeratkan silaturrahim dengan kunjung mengunjungi saudara masa, sahabat handai dan jiran tetangga.  Betapa Syawal pun menjadi bulan penuh berkah, rahmat, dan keampunan.
Bulan Ceria
Syawal adalah bulan penuh ceria dengan kanak-kanak mengenakan pakaian baru dan bersalaman antara satu sama lain dengan maaf memaaf, bahagia dan mengucapkan syukur.
Puasa Satu Tahun
Rasulullah SAW menganjurkan supaya umat-Nya berpuasa enam hari dalam bulan Syawal yang ganjaran pahala sama seperti berpuasa satu tahun.
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh" (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i Dan Ibnu Majah)
"Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun" (Hadis Riwayat An-Nasa'i Dan Ibnu Majah).
Bulan Nikah
Syawal adalah bulan yang baik untuk menikah. Rasulullah SWT menunjukkan sendiri bahwa bulan Syawal baik untuk menikah. Siti Aisyah menegaskan: "Rasulullah SAW 
menikahi saya pada bulan Syawal, berkumpul (membina rumah tangga) dengan saya pada bulan Syawal, maka siapakah dari isteri beliau yang lebih beruntung daripada saya?".  Selain dengan Siti Aisyah, Rasul juga menikahi Ummu Salamah juga pada bulan Syawal.
Bulan Peningkatan 
Inilah keistimewaan bulan Syawal yang paling utama. Syawal adalah bulan ”peningkatan” kualiti dan kuantiti ibadah hasil latihan atau ujian sepanjang bulan Ramadhan. 
Bulan Pembuktian Takwa
Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada bulan Syawal sebagai "pembuktian" kerberhasilan ibadah Ramadan, utamanya puasa, yang bertujuan mendapat darjat takwa.
 
 
 

 

 

Hiperangkai

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Berita Online

Banner
Banner
Banner
Banner

Kalendar

previous month June 2013 next month
S M T W T F S
week 22 1
week 23 2 3 4 5 6 7 8
week 24 9 10 11 12 13 14 15
week 25 16 17 18 19 20 21 22
week 26 23 24 25 26 27 28 29
week 27 30

Aktiviti Terkini

No events